
Data kajian dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Instrumen kajian yang digunakan ialah modul STEM, ujian pra dan ujian pasca, soal selidik tentang kesedaran kefahaman, minat dan sikap murid terhadap pendidikan STEM. Sampel kajian melibatkan 59 orang murid Tahun Satu di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, iaitu 33 orang murid dalam kumpulan eksperimen dan 26 orang murid dalam kumpulan kawalan. Reka bentuk kajian ini adalah berasaskan model PIP dan kajian kuasi eksperimen. Tujuan kajian ini adalah untuk membangun dan mengkaji kesan penggunaan Modul STEM Pembelajaran lnkuiri Berasaskan Projek (PIP) terhadap kesedaran kefahaman, minat, sikap dan pencapaian matematik dalam topik Ruang dalam kalangan murid Tahun Satu.

Pembangunan dan kesan penggunaan Modul STEM Pembelajaran Inkuiri Berasaskan Projek terhadap kesedaran kefahaman minat, sikap dan pencapaian Matematik dalam topik Ruang Tahun SatuĪbstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
